Thursday, December 25, 2008

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH & TAHLIL i38

Salam sejahtera skot semua. Majlis Sambutan Maal Hijrah & Tahlil i38 akan diadakan sempena sambutan awal Muharam serta tahlil doa kesyurukan dan arwah kepada skot- skot kita serta kedua ibu-bapa kita dan Jurulatih-Jurulatih yang telah kembali kerahmatullah.
Butiran adalah seperti berikut:
a. Tarikh/masa - 8 Jan 2009 / jam 1900 (Maghrib sehingga selesai Isyak).
b. Tempat - Masjid Khalid Al-Walid (MINDEF), Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
c. Pakaian - Baju Kebangsaan Bebas.
d. Bayaran - Tiada Bayaran dikenakan dan sumbangan ikhlas dialu-alukan.

Skot-skot adalah diminta memberi kelapangan untuk menghadirkan diri bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya dengan kehadiran skot dapat merapatkan hubungan umah yang sekian terjalin. Diminta sampaikan maklumat ini kepada skot-skot kita yang lain. Terima kasih. Daripada Presiden & AJK i38.

Wednesday, December 17, 2008

Sambutan Di Ambang Tahun 2009

Salam skot semua, The Committee i38 telah merancang untuk mengadakan sambutan di ambang 2009 (tahun baru) di Bora Ombak, Ampang. Butiran seperti berikut:
a. Tarikh - 31 Dis 2008 mulai jam 1930 sehingga selesai sambutan tahun baru. For skot disyorkan hadir pada jam 2200.
b. Bayaran - RM60.00 seorang (include dinner, party's pack dan lucky draw.
c. Dress - Bebas berkonsepkan Bollywood. (Best Dress Award akan diberikan kepada mereka yg berpakaian terbaik). For skot dikehendaki berpakaian dgn jaket i38 with white pants beserta name tag.

Skot-skot diminta hebahkan kepada skot yg lain terutamanya dilembah Klang. Staf saya akan mengunjungi skot yg berada diMINDEF dan sekitarnya untuk mengutip bayaran. Manakala yang lain sila sahkan kehadiran kerana tempat duduk adalah terhad. Diharap skot-skot dapat menjayakan aktiviti ini. Hidup i38 ditangan anda skot. Thanx from Setiausaha.